Karangan Umum
Langkah-langkah
untuk membudayakan semangat kejiranan
Dalam menempuhi
arus modenlisasi dan globalisasi ini, acap kali kita mendengar atau melihat
berita tentang isu ketandusan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
melalui dada akhbar serta media elektronik. Hal ini telah memberi peringatan
kepada anak Malaysia agar mengimplementasikan semangat kejiranan dalam sukma
masing-masing kerana bak kata pepatah, “ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis”. Jikalau masyarakat kaya dengan semangat kejiranan, maka sebuah negara
yang bertamadun dan sakinat akan dilahirkan. Sebaliknya, rakyat Malaysia
kehausan semangat kejiranan, negara kita mungkin akan melanda malapetaka ibarat
jong pecah yu yang kenyang kerana perpaduan kaum nescaya akan dipecah-belahkan.
Lantaran itu, rakyat Malaysia seyogianya sehati sejiwa ibarat aur dengan tebing
untuk menyuntik dan menyemarakkan semangat kejiranan dalam kotak pemikiran
masing-masing. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.” Persoalan yang
menjadi tanda Tanya, apakah rancangan yang perlu dibincangkan di meja bulat dan
dipraktikkan dalam keringat hidup untuk menanam semangat kejiran dalam atma
rakyat Malaysia?
Antara modus operandi untuk
memasyarakatkan semangat kejiranan dalam kalangan anak Malaysia ialah kita
harus mengamalkan amalan kunjung-mengunjung dengan jiran tetangga kita dalam
bahtera hidup. Adalah tanggungjawab bersama untuk kita saling melawat dan
memahami jiran tetangga kerana kita hidup dalam satu masyarakat. Melalui amalan
ini, kita dapat mengetahui keadaan dan sikap jiran dengan jelas. Secara tidak
langsung, kita tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang melanggar pantang
larang sesebuah kaum dan bangsa.Tamsilnya, kita haruslah bertoleransi dan tidak
bergaduh dengan jiran kita tatkala umat-umat Islam bersolat pada waktu subur
walaupun telah menggangu kita tidur. Hal ini dapat mengelakkan perbalahan
dengan jiran sekali gus dapat membentuk suasana yang harmoni. Pada masa yang
sama, kita juga harus mengamalkan peribahasa, “ orang memberi kita merasa, kita berbudi kita
berbahasa” tatkala berjumpa dengan jiran kita. Kita perlu bertegur sapa ataupun
bersenyum semasa berjumpa dengan jiran agar dapat meninggalkan impak baik dan
sopan dalam hati jiran. Izharnya,bak kata pepatah, “ sudah terang lagi
bersuluh” Amalan berkunjung-kunjung harus kita amalkan untuk membentuk
masyarakat yang penuh dengan iltizam kekitaan.
Kata Prof. Ungku Aziz, “ rumah
merupakan universiti pertama bagi anak-anak kita” Lantaran itu, ibu bapa
memainkan peranan vital dalam usaha menyemai semangat kejiranan dalam hati
anak-anak. Ibu bapa harus menjadi uswah bagi anak-anak dengan ibu bapa harus
bertanya khabar dengan jiran setiap kali berjumpa. Bak kata pepatah, “ombak
kecil jangan disangka tiada.” Walaupun perbuatan bertegur sapa ialah tingkah
laku yang kecil dalam kehidupan, malah tindakan ini akan meninggalkan kesan
yang mendalam dalam kotak pemikiran anak-anak. Senario ini terjelma kerana ibu
bapa merupakan cermin bagi anak-anak sebagaiman peribahasa bagaimana acuan
begitu kuihnya. Tambahan pula, ibu bapa juga haruslah memberi tarbiah kepada
anak-anak agar menghormati dan mematuhi pantang larang jiran untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Adalah penting kerana anak-anak yang setahun jagung akan
membuat perkara yang tidak disenangi oleh jiran dan sekali gus akan mencetuskan
pergaduhan dengan jiran.Ingat, kita ibu bapa juga harus mendidik anak dengan
memberi teladan yang betul dan bukan menghayati peribahasa “ ketam menyuruh ank
berjalan lurus” kerana “ Kepimpinan melalui Teladan. Jelasnya, “ role model”
yang baik harus dilaksanakan oleh ibu bapa untuk menyuntik semangat kekitaan
dalam sukma anak-anak agar masyarakat yang sehati sejiwa dapat dilahirkan.
Memang tidak dinafikan bahawa pihak
kerajaan menyandang tanggungjawab untuk menyemarakkan semangat kekitaan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Pihak kerajaan khasnya pemimpin negara harus merangka dan menganjurkan
aktiviti rumah terbuka di setiap pelosok Malaysia sempena Hari perayaan persis
Hari Raya Aidfiltri. Tindakan ini harus dilaksanakan dan disertai oleh setiap
rakyat Malaysia tanpa sikap memilih bulu kerana program akan merangsangkan
semangat kekitaan dalam kalangan rakyat sekali gus menyuntik peribahasa
muafakat membawa berkat di dalam hati rakyat Malaysia. Tamsilnya, Perdana
Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak
acap kali mengadakan aktiviti rumah terbuka bersempena dengan Hari raya di
tanah air kita dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan
pengunjung Malaysia. Ekoran pengajuran rumah terbuka, kita dapat memberi
peluang kepada pelancong luar merasai kemesraan penduduk di tanah tumpah
darahku selain kita anak Malaysia dapat mengambil kesempatan untuk
berkominukasi dan berinteraksi dengan penduduk tempatan yang berbangsa lain.
Lantaran itu, pemimpin negara haruslah senantiasa menganjurkan aktiviti rumah
terbuka dan menjemput semua penghuni menyertai aktiviti tersebut tanpa mengira
bangsa.Hal ini demikian kerana aktiviti rumah terbuka yang bercorak serampang
dua mata dan menyelam sambil terminum air dapat menyemarakkan semangat kekitaan
dalam kalangan rakyat di samping itu dapat menarik minat pelancong luar negara
untuk melawat di negara kita.
Lebih-lebih
lagi,pihak kerajaan juga haruslah memeras otak untuk menganjurkan pertandingan
yang berperingkat kampung untuk menarik perhatian pemuda-pemudi berkolabrasi
demi nama baik kampung mereka. Persisnya, pertandingan kampung gemilang
haruslah dirancang dan diadakan oleh pihak kerajaan di setiap kampung di setiap
penjuru tanah air kita tanpa mengira musim. Hal ini demikian kerana
pertandingan kampung gemilang dan hadiah lumayan dapat mendorong penghuni untuk
menjaga dan menceriakan keadaan kampung. Penghuni kampung juga dapat mengambil
kesempatan untuk berinteraksi dengan penduduk kampung lain. Secara tidak
langsung, hubungan mereka akan menjadi lebih rapat kerana bak kata pepatah, “
tak kenal maka tak cinta”.Lagipun,pihak kerajaan juga harus menghayatikan
peribahsa “ genggam bara api biar sampai jadi arang” dan “alang-alang berminyak
biar sampai jadi licin” semasa menganjurkan pertandingan seumpamanya agar
semangat kekitaan dapat disemai dalam atma penghuni ke akar umbi rakyat. Bak
kata pepatah, “ tak tumbuh tak melata, tak benar orang tak kata.” Pertandingan
yang berperingkat kampung harus diadakan oleh aktivitis berkenaan secara
berkala agar negara yang aman dan tenteram dapat diwujudkan.
Di samping itu, penubuhan Rukun Tetangga harus digalakkan di setiap kawasan
perumahan untuk merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Hal ini demikian
kerana Rukun Tetanggan berfungsi sebagai institusi berperingkat kampung untuk
melaksanakan aktiviti demi menjaga keamanan dan keselamatan kampung. Rukun
Tetangga harus memastikan setiap penghuni melaksanakan obligasi ibarat yang
pekak pelepas bedil, yang lumpur penghuni rumah seperti penduduk lelaki dewasa
harus menjalankan rondaan di kawasan perumahan saban malam secara
bergilir-gilir. Tindakan ini akan mendorong penghuni untuk berkenalan antara
satu sama lain dan mewujudkan hubungan ukhuwah yang mendalam antara satu sama
lain dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, pelaksanaan rondaan pada waktu
malam akan meminumkan kadar jenayah di sesebuah kawasan perumahan dan
lama-kelamaan dapat mengurangkan kes jenayah yang dinobatkan sebagai duri dalam
daging dalam pembangunan negara. Jadi, kita rakyat Malaysia harus mendirikan
Rukun Tetangga di dalam kawasan perumahan masing-masing untuk menanam semangat
kekitaan dalam kota pemikiran masing-masing.
Kesimpulannya,
kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam
era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu “bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada
pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”. Oleh
itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan
teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa
aman, harmoni dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment