Thursday, 24 December 2015

Kesalahan ejaan

Kesalahan Ejaan
A. Kesalahan Ejaan Kata Majmuk yang dieja terpisah
1. Kata majmuk lazimnya terpisah.
2. Contohnya kata majmuk terpisah:
Salah
Betul
acapkali
Acap kali
adakala
Ada kala
bandaraya
Bandar raya
Baikpulih
Baik pulih

3.Apabila kata majmuk yang dieja menerima imbuhan,sama ada awalan atau akhiran,ejaannya tetap berpisah
Kata akar
Salah
Betul
campur anduk
bercampuranduk
Bercampur anduk
Ambil alih
mengambilalih
Mengambil alih
Urus niaga
Berurusniaga
Berurus niaga
Satu padu
bersatupadu
Bersatu padu

4.Apabila kata majmuk yang dieja menerima imbuhan apitan(awalan atau akhiran), ejaannya akan bercantum    sekali.
Kata akar
Salah
Betul
Satu padu
Menyatu padukan
menyatupadukan
Kemas kini
Mengemas kinikan
mengemaskinikan
Kuat kuasa
Menguat kuasakan
menguatkuasakan
Baik pulih
Membaik pulihkan
Membaikpulihkan

B. Kesalahan Ejaan Kata Majumk yang dieja Bercantum
 1. Contoh kata majmuk yang dieja bercantum
Salah
Betul
Antara bangsa
Antarabangsa
Beri tahu
Beritahu
Bumi putera
Bumiputera
Jawatan kuasa
Jawatankuasa
Kerja sama
Kerjasama
Kaki tangan
Kakitangan
Olah raga
Olahraga
Setia usaha
Setiausaha
Tanggung jawab
Tanggungjawab
Suka rela
Sukarela
Suruhan jaya
Suruhanjaya
Warga negara
Warganegara
Mata hari
Matahari
Tanda tangan
tandatangan



Semangat kejiranan(kaedah)

Karangan Umum

Langkah-langkah untuk membudayakan semangat kejiranan



              Dalam menempuhi arus modenlisasi dan globalisasi ini, acap kali kita mendengar atau melihat berita tentang isu ketandusan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat melalui dada akhbar serta media elektronik. Hal ini telah memberi peringatan kepada anak Malaysia agar mengimplementasikan semangat kejiranan dalam sukma masing-masing kerana bak kata pepatah, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Jikalau masyarakat kaya dengan semangat kejiranan, maka sebuah negara yang bertamadun dan sakinat akan dilahirkan. Sebaliknya, rakyat Malaysia kehausan semangat kejiranan, negara kita mungkin akan melanda malapetaka ibarat jong pecah yu yang kenyang kerana perpaduan kaum nescaya akan dipecah-belahkan. Lantaran itu, rakyat Malaysia seyogianya sehati sejiwa ibarat aur dengan tebing untuk menyuntik dan menyemarakkan semangat kejiranan dalam kotak pemikiran masing-masing. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.” Persoalan yang menjadi tanda Tanya, apakah rancangan yang perlu dibincangkan di meja bulat dan dipraktikkan dalam keringat hidup untuk menanam semangat kejiran dalam atma rakyat Malaysia?
            Antara modus operandi untuk memasyarakatkan semangat kejiranan dalam kalangan anak Malaysia ialah kita harus mengamalkan amalan kunjung-mengunjung dengan jiran tetangga kita dalam bahtera hidup. Adalah tanggungjawab bersama untuk kita saling melawat dan memahami jiran tetangga kerana kita hidup dalam satu masyarakat. Melalui amalan ini, kita dapat mengetahui keadaan dan sikap jiran dengan jelas. Secara tidak langsung, kita tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang melanggar pantang larang sesebuah kaum dan bangsa.Tamsilnya, kita haruslah bertoleransi dan tidak bergaduh dengan jiran kita tatkala umat-umat Islam bersolat pada waktu subur walaupun telah menggangu kita tidur. Hal ini dapat mengelakkan perbalahan dengan jiran sekali gus dapat membentuk suasana yang harmoni. Pada masa yang sama, kita juga harus mengamalkan peribahasa, “ orang  memberi kita merasa, kita berbudi kita berbahasa” tatkala berjumpa dengan jiran kita. Kita perlu bertegur sapa ataupun bersenyum semasa berjumpa dengan jiran agar dapat meninggalkan impak baik dan sopan dalam hati jiran. Izharnya,bak kata pepatah, “ sudah terang lagi bersuluh” Amalan berkunjung-kunjung harus kita amalkan untuk membentuk masyarakat yang penuh dengan iltizam kekitaan.
            Kata Prof. Ungku Aziz, “ rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak kita” Lantaran itu, ibu bapa memainkan peranan vital dalam usaha menyemai semangat kejiranan dalam hati anak-anak. Ibu bapa harus menjadi uswah bagi anak-anak dengan ibu bapa harus bertanya khabar dengan jiran setiap kali berjumpa. Bak kata pepatah, “ombak kecil jangan disangka tiada.” Walaupun perbuatan bertegur sapa ialah tingkah laku yang kecil dalam kehidupan, malah tindakan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kotak pemikiran anak-anak. Senario ini terjelma kerana ibu bapa merupakan cermin bagi anak-anak sebagaiman peribahasa bagaimana acuan begitu kuihnya. Tambahan pula, ibu bapa juga haruslah memberi tarbiah kepada anak-anak agar menghormati dan mematuhi pantang larang jiran untuk menjamin kesejahteraan hidup. Adalah penting kerana anak-anak yang setahun jagung akan membuat perkara yang tidak disenangi oleh jiran dan sekali gus akan mencetuskan pergaduhan dengan jiran.Ingat, kita ibu bapa juga harus mendidik anak dengan memberi teladan yang betul dan bukan menghayati peribahasa “ ketam menyuruh ank berjalan lurus” kerana “ Kepimpinan melalui Teladan. Jelasnya, “ role model” yang baik harus dilaksanakan oleh ibu bapa untuk menyuntik semangat kekitaan dalam sukma anak-anak agar masyarakat yang sehati sejiwa dapat dilahirkan. 
            Memang tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan menyandang tanggungjawab untuk menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pihak kerajaan khasnya pemimpin  negara harus merangka dan menganjurkan aktiviti rumah terbuka di setiap pelosok Malaysia sempena Hari perayaan persis Hari Raya Aidfiltri. Tindakan ini harus dilaksanakan dan disertai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa sikap memilih bulu kerana program akan merangsangkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat sekali gus menyuntik peribahasa muafakat membawa berkat di dalam hati rakyat Malaysia. Tamsilnya, Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak acap kali mengadakan aktiviti rumah terbuka bersempena dengan Hari raya di tanah air kita dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan pengunjung Malaysia. Ekoran pengajuran rumah terbuka, kita dapat memberi peluang kepada pelancong luar merasai kemesraan penduduk di tanah tumpah darahku selain kita anak Malaysia dapat mengambil kesempatan untuk berkominukasi dan berinteraksi dengan penduduk tempatan yang berbangsa lain. Lantaran itu, pemimpin negara haruslah senantiasa menganjurkan aktiviti rumah terbuka dan menjemput semua penghuni menyertai aktiviti tersebut tanpa mengira bangsa.Hal ini demikian kerana aktiviti rumah terbuka yang bercorak serampang dua mata dan menyelam sambil terminum air dapat menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat di samping itu dapat menarik minat pelancong luar negara untuk melawat di negara kita.
                        Lebih-lebih lagi,pihak kerajaan juga haruslah memeras otak untuk menganjurkan pertandingan yang berperingkat kampung untuk menarik perhatian pemuda-pemudi berkolabrasi demi nama baik kampung mereka. Persisnya, pertandingan kampung gemilang haruslah dirancang dan diadakan oleh pihak kerajaan di setiap kampung di setiap penjuru tanah air kita tanpa mengira musim. Hal ini demikian kerana pertandingan kampung gemilang dan hadiah lumayan dapat mendorong penghuni untuk menjaga dan menceriakan keadaan kampung. Penghuni kampung juga dapat mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan penduduk kampung lain. Secara tidak langsung, hubungan mereka akan menjadi lebih rapat kerana bak kata pepatah, “ tak kenal maka tak cinta”.Lagipun,pihak kerajaan juga harus menghayatikan peribahsa “ genggam bara api biar sampai jadi arang” dan “alang-alang berminyak biar sampai jadi licin” semasa menganjurkan pertandingan seumpamanya agar semangat kekitaan dapat disemai dalam atma penghuni ke akar umbi rakyat. Bak kata pepatah, “ tak tumbuh tak melata, tak benar orang tak kata.” Pertandingan yang berperingkat kampung harus diadakan oleh aktivitis berkenaan secara berkala agar negara yang aman dan tenteram dapat diwujudkan.
Di samping itu, penubuhan Rukun Tetangga harus digalakkan di setiap kawasan perumahan untuk merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Hal ini demikian kerana Rukun Tetanggan berfungsi sebagai institusi berperingkat kampung untuk melaksanakan aktiviti demi menjaga keamanan dan keselamatan kampung. Rukun Tetangga harus memastikan setiap penghuni melaksanakan obligasi ibarat yang pekak pelepas bedil, yang lumpur penghuni rumah seperti penduduk lelaki dewasa harus menjalankan rondaan di kawasan perumahan saban malam secara bergilir-gilir. Tindakan ini akan mendorong penghuni untuk berkenalan antara satu sama lain dan mewujudkan hubungan ukhuwah yang mendalam antara satu sama lain dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, pelaksanaan rondaan pada waktu malam akan meminumkan kadar jenayah di sesebuah kawasan perumahan dan lama-kelamaan dapat mengurangkan kes jenayah yang dinobatkan sebagai duri dalam daging dalam pembangunan negara. Jadi, kita rakyat Malaysia harus mendirikan Rukun Tetangga di dalam kawasan perumahan masing-masing untuk menanam semangat kekitaan dalam kota pemikiran masing-masing.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.